Tuesday, December 14, 2010

Membangkaikan Istilah tauhid tiga serangkai


Bilamana dipamer dalam blog yang boleh dicapai oleh umum maka sahlah bahawa penulisan itu untuk tatapan umum. Melainkan dengan nota menyatakan sebaliknya. Korang ada baca tentang isu kalimah Allah dan kemudian melarat berkait dengan isu Tauhid?
Aku orang marhain, rasa berdesup pulak membaca sambil membuat penilaian tentang motif dan objektif pihak yang bercakaran secara ilmiyahnya (konon!) Apa entah bedesup tuuu?  entahlaaa…yang pasti bukan perasaan tenang sepertinya mendapat satu jawapan tuntas.
Kafir Kristian dalam kes ini, kita renung sejenak -Apakah kitab induk asalnya tak menyebut kalimah Allah? Usah tengok pada mushaf translasinya, tengok pada sumbernya. Bahasa apa? Kemudian renungkan dan fahamkan bagaimana kebodohan dan kedegilan mereka menjadikan sekutu bagi Allah, seterusnya menjadi bukti mereka sesat dan bingung tetapi bangga mempertahankannya sedaya upaya. Satu renungan yang baik adalah mengikuti pembicaraan ilmiah tentang ketuhanan Yesus antara Antonius Widuri dengan Almarhum Kiyai Baharuddin, carilah kisahnya dalam format pdf..baca ..baca berkali-kali kalau perlu. Ambil kesempatan kebangkitan isu ini untuk memperkukuhkan kefahaman maslahat umum.
Maaflah NGO, para Ustaz, dan para politikus! Kalian pamirkan percakaran! Jangan kita pula mewarwar masahelah sedangkan tidak memberikan keputusan atas masalah
Lebih mencengangkan lagi bila Tauhid menjadi isu yang berpaksikan anti wahabism, anti  buah fikiran Ibnu Taimiyah. Tahukah kamu para pendebat, para panel- setakat mana kecapaian orang awam untuk memahami, menerima seterusnya memperbaiki Iman dan Aqidahnya?
Tauhid 3 serangkai? Ceh! Tauhid adalah Tauhid! 
Tidak ada samasekali Tauhid 3 serangkai, hanya ada Tauhid. 
FAHAM!
Mana datang 3 serangkai? Satu istilah bagi untuk beri penjelasan? Apa kata beri penjelasan dulu dari mana kata akar umbi Tauhid itu, dan kupas sehabisnya perspektif lughah , keunikan kalimah Tauhid yang tidak ada singular maupun pluralnya. Kemudian sempurnakan makna istilahnya! Sehabis menerangkan tentang tauhid fikir-fikirlah….ada boleh ko bahasakan sebagai Tauhid 3 serangkai?
Simply untuk orang marhain macam aku Tauhid ialah Esa Allah- suci dari segala sekutu.  Yang korang  bahasakan 3 serangkai itu bukan bahagian atau rangkaian tauhid, tapi semata-mata perspektif bagi memahami Tauhid -de facto
Perspektif- pertimbangan sudut pandangan. 
Nampak tak ? Tak la ujud keperluan nak panjangkan hingga ia menjadi dari bahagian hal fitnah! Orang marhain macam aku pun boleh nampak betapa kusutnya kefahaman dan pemikiran “mereka yang punya keahlian”.
Wahai umat Muhammad SAW– Maha Kaya Subhana Hu wa Taala, melebihkan sebahagian dari lainnya ; terbentang adanya perkataan  Rabb,  IL'lah dan segala Sifat dan Nama Allah Azzawajalla  dari  Qlamnya Al-Quraan. 3 perspektif beerti pertimbangan sudut pandangan mengambil kira perkataan Rabb, pertimbangan sudut pandangan mengambil kira perkataan IL'lah dan pertimbangan sudut pandangan  Asfat dan AsmakNya.
Sikap tundingan dan tuduhan– satu contoh keji keberanian yang tidak kena pada tempatnya, terutamanya terhadap orang yang tidak sezaman (kan senang nak label apa pun kat orang dah meninggal). Dah paham betul ker kenapa adanya keperluan perkembangan 3 perspektif memahami Tauhid? Kenapa tak bentangkan background dan perkembangan yang muncul  di zaman Ibnu Taimiyah secara menyeluruh selayaknya.
Ketiganya, membincangkan pasal  Tauhid Musyrik dan Kafir yang langsung tak menasabah.
INGATLAH! TIDAK ADA TAUHID MUSYRIK, TIDAK ADA TAUHID KAFIR. 

Perkataan TAUHID hanya bagi MUSLIM dari Adam AS hingga  akhirnya.

No comments:

Post a Comment