Sunday, October 31, 2010

Raya, meraikan dan melampaui batasan.

Setahun ada 2 kali umat islam, iaitu mereka yang meyakini dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW menyambut Hari Raya- Eidul Fitr dan Eidul Adha. Ya raya...meraikan kejayaan atau kemenangan atau pencapaian. Tahukah kamu eidul firi meraikan apa? eidul adha pula?

Baiklah. Kerana apa pun juga ia bukan misteri, bagi yang tidak berapa pasti, boleh mendapat jawapan dari sirah, hadith, atau kupasannya.Sekarang, kita tanyakan, apakah pulangan atas meraikannya. Oppsss...soalan yang lebih tepat sebenarnya, apakah ada kemenangan, kejayaan atau pencapaian yang sebenar. Maksudnya untuk meraikan kemenangan, kejayaan dan pencapaian mestilah dengan menempuh, dengan mujahadah dan taqwa. Ah, puasa yang hanya lapar dahaga. Selebihnya letih , lesu dan lemas tak bermaya. Oh! pengorbanan dalam mencari redha dari Allah. Sedang mana dibanding pengorbanan bagi mencari kemasyhuran dan kekayaan duniawi.

Begitu sahaja sudah memungkinkan kita meneroka jauh, menilai berapa kita benar -benar iltizam dengan fahaman ugama. Sebahagia pula akan memanipulasikan dengan alasan-demi alasan, bahawa apa sahaja yang ada ditahap ini, sudah menepati sebagaimana dianjurkan oleh Rasul SAW. Yang demikian itu mari selami sejujurnya.

Mengapa sampai perlu berkupon dalam mengagih daging korban? (ada penipuan?)Kenapa pula sesetengahnya sampai perlu mengupah pekerja untuk menguruskan dari penyembelihan sehinggalah ketulan daging (ahli qariah tak larat? tak cukup ramai?). Bonus! kenapa AJK surau/masjid mengambil kalau tidak meminta "pangku" pemanis dari pembekal lembu dan kambing? (ada rasuah?) Ringkas maksud perenggan ini adalah pengertian korban dan penghayatannya.

Begitu lebih parah lagi menyentuh apa yang terjadi setiap kali raya Eidul fitri. Sepatutnya orang islamlah yang paling cermat dan berhemat dalam belanjanya. Tidak terbeban setelah merasakan bebas kembali kepada kesucian fitrahnya.Kunjung mengunjung tidak diberatkan sehingga sebulan, meliputi seluruh kenalan, di setiap tempat dekat mahupun jauh. Makan dan minum tidak dibebankan dengan bermacam-macam jenis berhari-hari. Tidak diberatkan dengan open-house, peringkat peribadi, pejabat dan persatuan.

Ada apa dengan soal mampu? Begini-beberapa perkataan berikut adalah dalam kategori seerti, tapi carilah bezanya. Kehendak. Keinginan. Keperluan.Kemahuan. Lihat kategorinya, dan pasangkan, padankan dengan soal mampu! Kalau perlu cari apa itu diri yang fitrah.