Thursday, March 4, 2010

Fikir laaa...Subsidi

Fikir Laaa...cewah macam sajak! (Laaa... :korang tulis jawi, ehem- nafi dan isbat, kalau taktau, mampus kena sebat!)

Sabsidi! Dari kecil anak , kita diberi subsidi susu, tak kira laaa...susu emak ker, susu lembu atau soya. Meningkat dewasa kita disubsidikan semua keperluan dari tempat tinggal, pakaian, makanan, duit belanja, malah protection service, fuh! Kita tak ada segan silu, malah ibubapa atau penjaga pun bangga memberikan subsidi. Kemudian bila sudah ada kecukupan atas kita dari segi daya berfikir, tenaga, kemahiran, ilmu, kehendak untuk kelangsunagan hidup yang bermatlamat, kita mengorak mencari sendiri- segala keperluan dan kehendak dalam hidup kita. Sedikit demi sedikit kita keluar dari kepompong subsidi. Kita mulai menjadi penyumbang sabsidi pula.

Itu kes lumrah adat! Realitinya, masih terdapat golongan yang terus terusan menerima subsidi atas sebab ketentuan alam seperti OKU dalam bentuk-bentuknya. Subsidi asas adalah berdasarkan tanggungjawab perikemanusiaan. Sebahagian dari fitrah. Selebihnya subsidi atas kesyukuran dan timbangrasa, megeluarkan atas lebihan perolehan. Itulah yang terngiang dalam kotak pikir, berbisik mendesak takkala persoalan subsidi kerajaan yang hendak ditarik balik. Its a simple taught Laaa....

Sekarang aku nak tanya, masa bila nya yang kita rela dan mahu keluar dari subsidi? Chopp! Sabsidi tu positif ke negatif? Ish Laaa...subjektif kan! Dalam hal ni lah nanti politikus bertelagah, dalam bahasa sempoi...buang karan! a.k.a. membazirkan sumber! Ah! zaman ni, yang takda keahlian dalam bidangnya diangkat menjadi tonggak, maka berketungtang tertonggek ler kita. Aku ndak korang sebagai pembaca matang fikir -fikir laaa. Pertama soalan diawal perenggan ini. Kalau jawapannya tak mau keluar dari subsidi, nilai sebabnya. Nilai dengan merit sifat terpuji yang diajar nabi(saw). Kalau tak begitu- gi sekolahkan nafsu! Keduanya, nilai bilalah masanya, kepada siapakah subsidi jadi positif dan negatif.

OK? dah pening? Laaa...

Insyaallah, ramai yang pening! sebanyak mana pun point pro, sebanyak itu juga argument kontranya. Apa kata kita buat begini saja. Sebelum subsidi rakyat ditarik, subsidi wakil rakyat ditarik dulu! Laaa...apasalnyalah pulak? Awam sudah pandai dan semakin pandai untuk membuat penialain rasional, tak dapat dielakkan kancah politik disama ertikan dengan kancah kuasa. Tercicir dalam pengertian itu kuasa = tempat mendapatkan kelebihan, dan imbuhan = tempat subsidi yang terhormat...wekk! paptu laaa...pandangan ini tercicir. Tapi kebarangkalian apakah hasilnya apabila tiap wakil rakyat rely ngan gaji wakil rakyat sahaja untuk semua aktiviti. Takde buat side bisness (mengambil kesempatan) , sponsor-monsor (dari rakyat kaum perniaga) seperti kamisen (komission a.k.a. rasuah dan riba) Takder lagi naik kereta dan harta rakyat(gomen) untuk kepentingan personal/parti walaupun menyinggah ngombe teh. Truely focus-duduk menghayati kehidupan marhain, yang jerih mencari jalan survival. Bukan mengharapkan pasukan pemantau lantikan! Kau wakil rakyatnya, bukan pasukan pemantau itu! Laaa...apa hal ni? Fikir laaa..fikir dulu. Politikus mesti sanggup keluar dari kemewahan subsidinya yang diraih melalui antaranya janji air-liur, perjawatan dan kedudukan! Barulah jadi bayi pejuang. A'ah, baru bayinya saja!

Hanyasanyalah, pikir-pikir! hanyasanyalah bila menjadi pejuang tulin, maka rakyat semua akan serta berjuang! Pejuang tulin itu tidak juga berpolitik untuk membalas dendam! tidak bertopeng pada sekerat bahagian ugama! dan pastinya tidak sama sekali dari golongan munafik! Kalau soal kepentingan rakyat diperjuangkan mengikut parti politik sebagai saluran, itu MUNAFIK. BN ker BA ker tak kira laaa...bertindaklah sebagai "humble servant ". Jangan sama sekali mensabsidikan rakyat dengan perang kata antara parti, pertuduhan dan tundingan, itu meraikan sifat tercela, pikir laaa...pikir apa ajaran nabi saw. Kepentingan rakyat itu mengatasi landasan politik, bahkan ia adalah berlandaskan maslahah keseluruhan.

Berani? Pooodah laaa...makan pasir la jawabnya. Laaa...laaa..laaa..

Nota kaki: Rencana ini tak kena mengena bagi yang tak cukup kesampaian untuk menerima dengan matang. |Juga tak kena mengena dengan yang tak setuju. Bahkan ianyan pandangan yang tercicir jua...

Edited: added 10:35 27 July

Adoooi laaa. Hah! kan daah... Tak lama selepas "ahlikajinegara" menakut nakutkan dengan kebankrapan negara menggunakan Economic tools- fiscal policy, maka lenyaplah sebahagian subsidi. Cuma orang macam aku ni mungkin kurang ajar bila tertanya tanya apa jadahnya fiscal policy tu dalam pengertian orang awam? Realitinya apa? huraikanlah...kalau betul sayang kepada kemakmuran tanahair ini.

Dengan fiscal policy kita membuat formulasi KDNK. Dengan pembubaran sebahagian sabsidi, maka harga barangan tersebut akan naik, menjadikan pengguna berbelanja lebih; maka perbelanjaan pendapatan dalam negeri meningkat sekaligus mencatatkan peningkatan dalam elemen Consumption (perbelanjaan) maka KDNK akan meningkat, kos sara hidup meningkat. Efeknya adalah kos keselesaan sosial. Kiranya bebean perbelanjaan kerajaan yang menjadi isu, mengapa rakyat yang mendapat tempelak secara direct dengan penghapusan sabsisidi. Apakah kewajaran belanja kerajaan kepada rakyat menjadi beban masalah? Atau belanja yang dibuat hanya memihak kepada kepentingan tersembunyi. Dalam pengiraan KDNK banyak elemen/ factors of determination lain yang boleh disentuh yang tidak melibatkan kos sosial..adakah tidak sebenarnya langkah ini hanya gimmik untuk KDNK lebih baik?

Tapi! tapi! tolooooooooonglah jangan buat rasionalization bahalul. OOps. Maksud aku mengaitkan subsidi cut atas gula dengan diabeties a.k.a. kencing manis. Memang betul kadar gula yang tinggi antara penyebab kencing manis. Adakah itu punca utamanya? Corase sugar itukah yang menjadikan kegagalan pada hati, lantas menjejaskan penghasilan insulin badan? Ataukah jenis-jenis gula lain dalam susu isian pekat manis, dalam carbonated drinks dll. Rakyat jugalah digula-gulakan!

Sekali lagi diulagsuara- Rencana ini tak kena mengena bagi yang tak cukup kesampaian untuk menerima dengan matang. |Juga tak kena mengena dengan yang tak setuju. Bahkan ianyan pandangan yang tercicir jua...

No comments:

Post a Comment