Thursday, August 26, 2010

Nota kutipan- soal hakiki dalam perjalanan.

Ini adalah bahan kutipan sesetengahnya diolah semua. Bahan dalam rencana ini adalah berat, tinggi mahupun bahaya. Ataupun hanyasalah bahan hiburan jiwa...

Banyak sekali yang bisa kita pelajari dari alam. Kita bisa belajar tentang ilmu kesabaran, ilmu kesetiaan, ilmu kepasrahan, ilmu diam dan banyak ilmu lainnya. Lihatlah buktinya.

Belajar Kesabaran
Kalau hendak belajar ilmu kesabaran, maka kita hendaknya belajar pada Bumi yang kita injak setiap harinya ini. Bayangkan, bumi ini tidak pernah mengeluh meskipun diinjak-injak ratusan juta manusia. Bumi juga tidak pernah tersinggung meskipun diludahi, dikencingi bahkan menjadi tempat buangan kotoran manusia. Ia akan dengan sabar menerima semuanya. Kesabaran apalagi yang bisa mengalahkan bumi ciptaan ALLAH itu? Tapi kalau manusia berbuat semena-mena terhadap bumi, maka Sang PENCIPTA akan marah dan bumi bakal menggulung dan menimbulkan malapetaka bagi manusia itu sendiri. Contohnya, tanah longsor dan lainnya.

Belajar Kesetiaan
Jika hendak belajar ilmu kesetiaan, tidak ada salahnya kita belajar pada matahari. Belajar dalam hal ini bukan berarti menyembah matahari. Tidak! Tetapi kita cukup melihat, merasakan dan mencontoh kesetiaan matahari yang juga ciptaan ALLAH. Matahari adalah tempat belajar ilmu kesetiaan karena ia dengan setia senantiasa hadir dari Timur dan terbenam di Barat setiap hari.
Matahari tidak pernah ingkar janji untuk tidak terbit. Ada orang yang betah dengan mengatakan, kalau mendung bagaimana? Meski mendung, matahari tetap bersinar meski tertutup mendung. Bukankah ia terus setia?

Belajar Kepasrahan dan Menerima (Ikhlas)
Jika Anda ingin belajar ilmu kepasrahan dan menerima (ikhlas), maka tidak ada salahnya belajar pada laut. Laut yang diciptakan ALLAH adalah tempat mengalirnya beribu-ribu sungai di dunia ini. Kotoran apapun yang dilemparkan manusia lewat sungai, pasti akan mengalir ke laut. Dan laut akan pasrah menerima barang-barang buangan itu. Ia tidak pernah mengeluh sedikitpun.
Laut juga akan ikhlas menerima semua air, kotoran atau benda-benda apapun yang mengalir lewat sungai. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh laut adalah keikhlasan “Lillahi Ta’ala” (semuanya karena ALLAH).

Belajar Ilmu dari Tumbuhan
Kita juga harus belajar dari tumbuhan. Apa alasannya? Alasannya jelas, karena tumbuhan sejak dari bibit ia hidup, ia cenderung diam. Tapi tahu-tahu lama kelamaan tumbuhan itu menjadi besar dan memberi manfaat bagi si penanamnya. Bayangkan, sebuah tumbuhan saja tahu cara menghargai dan berterimakasih pada orang yang merawatnya. Sedangkan kita manusia ini yang disebut makhluk mulia oleh ALLAH, malah tidak bisa menghargai dan berterimakasih pada ALLAH yang telah merawat kita. Apa layak kita disebut sebagai manusia Rahmatan Lil-alamin (manusia yang menjadi rahmat bagi alam semesta)?

Kalau kita menghormati alam, berarti kita juga mensyukuri apa yang telah dianugerahkan ALLAH. Bukan malah kita memperTUHAN alam.

Nota: Syahdan manusia menelek dirinya yang 7 pada fitrahnya yang berbentuk dan ditempa (dan 2 lagi anugerah, Hak ALLAH) iaitulah takkala ia memperhalusi Nafi dan Isbat, memulangkan segala ma'ani lagi ma'nawiyah nyata pada kelakuan jisim. Ia musyahadah kearah ghaibiyyah, mengharapkan mukasyafah. Catatan diatas mengingatkan bahwasanya manusia harus juga melelek anasir tanah, air , api , angin, tumbuhan, haiwan dan organisma bagi mengasimilasikan akhlak mahmudah dan mengikat akhlak mazmumah.


Dalam kitab Ma’lumatu’lhuhiyah dan kitab Hidayatul Khakaik menjelaskan bahwa manusia berasal dari 4 unsur :
1) Berasal dari sarinya Tanah, tetapi bukan tanah yang kita pijak ini
2) Berasal ari Api, tetapi bukan api yang dipergunakan untuk membakar
3) Berasal dari angin, tetapi bukan angin yang mendesau itu
4) Berasal dari air, tetapi bukan air yang meluap mengalir

Semua ini merupakan lambang saja, maka setelah mempunyai perwujudan, lalu mempunyai tujuh perkara :
1) Hayyu, artinya hidup
2) Masuklah Nur, artinya Cahaya
3) Kemasukan sir artinya Cipta
4) Kemasukan pula roh, artinya Nyawa
5) Kemasukan nafsu, artinya Angkara Murka
6) Kemasukan akal, artinya Budhi
7) Kemasukan kehendak, artinya Angan-angan

Itulah wujud yang Dzat Yang Maha Agung, sebenarnya nafi yang baik, maka diibaratkan bahwa nafi walaupun dekat tetapi tidak bersinggungan, jauh tak terduga jauhnya, dan nafi itu pasti ada tidak mungkin tidak ada. Adanya hanya karena terlihat saja.

Thursday, July 29, 2010

skala

Ada apa dengan skala. Ini bukan soal sekali-sekala. Tetapi memadailah dalam satu ringkasan ~ skala merupakan cerminan kepada ukuran, sukatan, saiz dan kesesuaian mengikut kadar kepada keperluan. Ia boleh dipanjangkan merangkumi kehendak namun kehendak bersifat melangkaui batasan keupayaan.


Sentuhan kali ini untuk mengingatkan bahawa dalam banyak soal usaha dan perusahaan dalam penghasilan dan dagangan orang rumpun melayu terlabel terkedunya, perlu dirawat. Terkedu beerti terkulai, bermaksud terhenti dipertengahan, lemah dalam keberhasilan, tidak mencapai peringkat daya saing tahap daya tanding.

Apabila orang kita bertani –bertanam, menternak dan memukat ; apabila orang kita memproses dan menghasil produk; apabila orang kita berjualbeli – didalam tanah air sendiri kita masih seperti terkapai kapai umpama rumput dicelah lalang. Anda tidak setuju? Tolong tutup saja mukasurat ini dari pandangan anda dan beralihlah kepada perkara yang menyenangkan anda!


SKALA! Perspektif utama mengenai skala adalah keupayaan membuat perbandingan. Keupayaan menegnalpasti ciri-ciri bagi pengushaan. Langkah seterusnya pula adalah keupayaan membuat keputusan yang bertepatan. Baiklah, ibarat tangki minyak bagi sebuah motokar, lebih besar tangkinya maka lebih jauh keupayaan perjalanan motokar tersebut. Tetapi itu juga berarti motokar itu memerlukan mesin yang lebih kuasa kudanya kerana ia perlu berupaya menampung beban berat tangki dan muatannya. Sebaliknya tangki kecil pula membataskan keupayaan jarak dan membolehkan mesin berkuasa kuda yang lebih rendah untuk mengendalikan beban atas motokar. Begitulah contoh dalam membuat perbandingan. Setiap pengushaan wajar mengenali gambaran sebenar tentang kemampuannya .


Apakah kita selama ini tidak berpandukan gambaran yang benar, sedangkan kerajaan sendiri telah ‘turun’ menyalurkan pelbagai bantuan? Soalan ini amat tegar! Maka hanya boleh dikiaskan sahaja jawapan untuknya. Kiranya gambaran itu cukup kandungan kebenarannya, cukup amanahnya masakan kedudukan kita masih sebegini lesu dan layu! Kita sentuh lebih dekat lagi.


Dalam bidang pertanian, apakah skala ladang yang sesuai bagi tanaman jagung? Bagaimanakah negara yang menjadi pengeluar jagung utama dunia mengusahakan tanaman tersebut. Berapakah kos pengeluaran bagi setiap kilogram diladang? Carilah! Dengan kaedah apa, sistem apa yang digunapakai sehingga mencapai skala jumlah ekonomis tu. Maka bandingkan . Apakah tuan mampu menghampiri kos pengeluaran tersebut? Ya kita masih boleh mengeluarkan jagung. Berdaya tanding dan berdaya saingkah kita?


Dalam bidang penternakan pula, sila kaji tentang hal bekalan feed, iaitu pemakanan bagi ternakan. Ini adalah masalah yang sangat kronik dan kritikal yang selama ini tidak dirawat! Belum pernah lagi kita temukan pengusaha secara ‘volume’ hatta pengusaha kecil yang berjaya yang menghasilkan bekalan feednya sendiri secara konsisten. Berani saya katakan 99.9% bergantung pada bekalan import yang merupakan lebihan dari apa yang diusahakan oleh mereka yang telah matang tentang skala.Ya kita masih boleh mengeluarkan ternakan. Berdaya tanding dan berdaya saingkah kita?


Semoga rencana ini dapat membuka pandangan, dapat merobos minda pembaca sekelian, walaupun sekadar pandangan yang tercicir. Renung dan kaji dalam bidang perniagaan pula~ dimanakah realiti kefahaman kita tentang SKALA. Sudah dapat melihat gambaran yang sebenar?

Wednesday, May 19, 2010

Susahnya hidup ini

Satu masa tak berapa lama dahulu, seorang hamba Allah yang dalam hidupnya bergelumang dalam maksiat mendapat nasihat ugama. Beliau bertekad untuk mengubah haluan hidupnya. Selama ini, judi, perempuan dan arak adalah perkara yang menjadi bahan permainan kesukaannya. Hanyasanyalah kebiasaannya itu tidak membawakan rasa tenang dan tenteram dalam hidupnya. Nasihat ugama yang diterimanya merupakan hikmah renungan, bingkisan, dan kiasan yang menyedarkan kepada Tauhid yang sebenarnya kepada Allah SWT.

Dengan inayah, petunjuk dan pedoman beliau berusaha meninggalkan segala maksiat , bertaubat dan membuat kebajikan disamping meningkatkan ibadah. Taat dalam fikah. Mula muqabalah, belajar muqarabah. Seketika jiwanya merasa puas, merasa semakin tenteram dan aman.

Namun, tidak lama kemudian beliau mula menjadi sugul. Semakin beliau mendekatkan diri kepada Masjid, fitnah masyarakat menjalar. Semakin beliau bersedekah kepada ibu tunggal, dikatakan beliau mempunyai hubungan sulit. Malah keadaan kewangannya sering genting dan mendesak oleh banyaknya musibah, kereta rosak, kecurian dan kerugian yang berlarutan dalam perniagaannya.

Maka semakin banyaklah pikirannya, dan semakin hebat tekanan yang dihadapinya. Saat tiba tidak tertanggung oleh perasaannya, sedang beliau didalam sebuah kedai, maka meledaklah nista , maki hamun dan segala cacian atas nasibnya, dijerit, terjerit jerit berulang ulang tanpa segan silu lagi. Begitu susahnya ...oh begitu hebantnya, sulitnya untuk mencapai kebaikan, sedang dalam keadaan lekanya, dalam maksiatnya semuanya begitu lancar. Mudah!

Terpandang akan dirinya seseorang, sahabatnya, yang sering menasihatinya, berada disitu. Matanya menyorot dalam kebengisan, namun tidak dapat menembusi aura pancaran nur yang terbit. Hanya beliau menjadi tergamam, beliau dipanggil oleh sahabatnya. "Kemarilah kamu, kemari kepadaku , dan ceritalah olehmu perihal apa keadaan yamg membawamu menempelak sebegini!" Bagai ada tarikan, kakinya menapak, memgekori sahabatnya yang sedang segera melangkah pergi. Maka sekelian saksi yang ada masih juga merasa hairan dan kepelikan, malah ada yang mencebik membuat mimik muka yang sinis!

Tuan-tuan, dipressi yang hebat, stress yang tinggi, mungkinkah masih siuman hamba Allah ini? Apakah emosinya stabil?


Maka kemudian mereka duduk berhadap hadapan disebuah warung. Sungguhpun sekeliling mereka bising dengan suara orang berbual, mereka duduk diam, seolahnya suasana amat hening. Sahabat memulakan, memesan minuman untuk kedua mereka. Sementara menunggu air yang dipesan tiba, sahabat bertanya meminta penjelasan. Dengan jiwa yang masih kusut hamba Allah ini meluahkan satu persatu. Riak wajahnya menggambarkan sebesar besar kekecewaan. Air minuman sampai. Cerita semakin hangat, nada suara semakin tinggi. Sahabat mempelawa minum. Air diteguk. Sahabat mencelah penceritaan.

Katanya " Apa rasa air tu?"

Tersentak, hamba Allah itu sepontan membalas "Manislah"

Sepontan itu juga sahabat mematikan segala penceritaan yang menggambarkan kesusahan hidup hamba Allah tadi.

"Engkau itulah yang selayaknya dicaci nista! Kau merasakan manis air yang diminum. Bukankah itu nikmat yang Allah anugerahi atas engkau? Apakah engkau tidak berfikir? Masih engkau dapat merasakan sekian nikmat ! Sunnatullah, engkau diberi merasakan senang dan susah, setelah susah Allah berikan senang ! Silih berganti, mengapa kau memempelak dan meracau dikhayalak seperti haiwan? Tak tahu malukah? Tak mengertikah bersyukur !"

Maka hamba Allah itu tertunduk. Allah! Allah! Allah!

Thursday, March 4, 2010

Fikir laaa...Subsidi

Fikir Laaa...cewah macam sajak! (Laaa... :korang tulis jawi, ehem- nafi dan isbat, kalau taktau, mampus kena sebat!)

Sabsidi! Dari kecil anak , kita diberi subsidi susu, tak kira laaa...susu emak ker, susu lembu atau soya. Meningkat dewasa kita disubsidikan semua keperluan dari tempat tinggal, pakaian, makanan, duit belanja, malah protection service, fuh! Kita tak ada segan silu, malah ibubapa atau penjaga pun bangga memberikan subsidi. Kemudian bila sudah ada kecukupan atas kita dari segi daya berfikir, tenaga, kemahiran, ilmu, kehendak untuk kelangsunagan hidup yang bermatlamat, kita mengorak mencari sendiri- segala keperluan dan kehendak dalam hidup kita. Sedikit demi sedikit kita keluar dari kepompong subsidi. Kita mulai menjadi penyumbang sabsidi pula.

Itu kes lumrah adat! Realitinya, masih terdapat golongan yang terus terusan menerima subsidi atas sebab ketentuan alam seperti OKU dalam bentuk-bentuknya. Subsidi asas adalah berdasarkan tanggungjawab perikemanusiaan. Sebahagian dari fitrah. Selebihnya subsidi atas kesyukuran dan timbangrasa, megeluarkan atas lebihan perolehan. Itulah yang terngiang dalam kotak pikir, berbisik mendesak takkala persoalan subsidi kerajaan yang hendak ditarik balik. Its a simple taught Laaa....

Sekarang aku nak tanya, masa bila nya yang kita rela dan mahu keluar dari subsidi? Chopp! Sabsidi tu positif ke negatif? Ish Laaa...subjektif kan! Dalam hal ni lah nanti politikus bertelagah, dalam bahasa sempoi...buang karan! a.k.a. membazirkan sumber! Ah! zaman ni, yang takda keahlian dalam bidangnya diangkat menjadi tonggak, maka berketungtang tertonggek ler kita. Aku ndak korang sebagai pembaca matang fikir -fikir laaa. Pertama soalan diawal perenggan ini. Kalau jawapannya tak mau keluar dari subsidi, nilai sebabnya. Nilai dengan merit sifat terpuji yang diajar nabi(saw). Kalau tak begitu- gi sekolahkan nafsu! Keduanya, nilai bilalah masanya, kepada siapakah subsidi jadi positif dan negatif.

OK? dah pening? Laaa...

Insyaallah, ramai yang pening! sebanyak mana pun point pro, sebanyak itu juga argument kontranya. Apa kata kita buat begini saja. Sebelum subsidi rakyat ditarik, subsidi wakil rakyat ditarik dulu! Laaa...apasalnyalah pulak? Awam sudah pandai dan semakin pandai untuk membuat penialain rasional, tak dapat dielakkan kancah politik disama ertikan dengan kancah kuasa. Tercicir dalam pengertian itu kuasa = tempat mendapatkan kelebihan, dan imbuhan = tempat subsidi yang terhormat...wekk! paptu laaa...pandangan ini tercicir. Tapi kebarangkalian apakah hasilnya apabila tiap wakil rakyat rely ngan gaji wakil rakyat sahaja untuk semua aktiviti. Takde buat side bisness (mengambil kesempatan) , sponsor-monsor (dari rakyat kaum perniaga) seperti kamisen (komission a.k.a. rasuah dan riba) Takder lagi naik kereta dan harta rakyat(gomen) untuk kepentingan personal/parti walaupun menyinggah ngombe teh. Truely focus-duduk menghayati kehidupan marhain, yang jerih mencari jalan survival. Bukan mengharapkan pasukan pemantau lantikan! Kau wakil rakyatnya, bukan pasukan pemantau itu! Laaa...apa hal ni? Fikir laaa..fikir dulu. Politikus mesti sanggup keluar dari kemewahan subsidinya yang diraih melalui antaranya janji air-liur, perjawatan dan kedudukan! Barulah jadi bayi pejuang. A'ah, baru bayinya saja!

Hanyasanyalah, pikir-pikir! hanyasanyalah bila menjadi pejuang tulin, maka rakyat semua akan serta berjuang! Pejuang tulin itu tidak juga berpolitik untuk membalas dendam! tidak bertopeng pada sekerat bahagian ugama! dan pastinya tidak sama sekali dari golongan munafik! Kalau soal kepentingan rakyat diperjuangkan mengikut parti politik sebagai saluran, itu MUNAFIK. BN ker BA ker tak kira laaa...bertindaklah sebagai "humble servant ". Jangan sama sekali mensabsidikan rakyat dengan perang kata antara parti, pertuduhan dan tundingan, itu meraikan sifat tercela, pikir laaa...pikir apa ajaran nabi saw. Kepentingan rakyat itu mengatasi landasan politik, bahkan ia adalah berlandaskan maslahah keseluruhan.

Berani? Pooodah laaa...makan pasir la jawabnya. Laaa...laaa..laaa..

Nota kaki: Rencana ini tak kena mengena bagi yang tak cukup kesampaian untuk menerima dengan matang. |Juga tak kena mengena dengan yang tak setuju. Bahkan ianyan pandangan yang tercicir jua...

Edited: added 10:35 27 July

Adoooi laaa. Hah! kan daah... Tak lama selepas "ahlikajinegara" menakut nakutkan dengan kebankrapan negara menggunakan Economic tools- fiscal policy, maka lenyaplah sebahagian subsidi. Cuma orang macam aku ni mungkin kurang ajar bila tertanya tanya apa jadahnya fiscal policy tu dalam pengertian orang awam? Realitinya apa? huraikanlah...kalau betul sayang kepada kemakmuran tanahair ini.

Dengan fiscal policy kita membuat formulasi KDNK. Dengan pembubaran sebahagian sabsidi, maka harga barangan tersebut akan naik, menjadikan pengguna berbelanja lebih; maka perbelanjaan pendapatan dalam negeri meningkat sekaligus mencatatkan peningkatan dalam elemen Consumption (perbelanjaan) maka KDNK akan meningkat, kos sara hidup meningkat. Efeknya adalah kos keselesaan sosial. Kiranya bebean perbelanjaan kerajaan yang menjadi isu, mengapa rakyat yang mendapat tempelak secara direct dengan penghapusan sabsisidi. Apakah kewajaran belanja kerajaan kepada rakyat menjadi beban masalah? Atau belanja yang dibuat hanya memihak kepada kepentingan tersembunyi. Dalam pengiraan KDNK banyak elemen/ factors of determination lain yang boleh disentuh yang tidak melibatkan kos sosial..adakah tidak sebenarnya langkah ini hanya gimmik untuk KDNK lebih baik?

Tapi! tapi! tolooooooooonglah jangan buat rasionalization bahalul. OOps. Maksud aku mengaitkan subsidi cut atas gula dengan diabeties a.k.a. kencing manis. Memang betul kadar gula yang tinggi antara penyebab kencing manis. Adakah itu punca utamanya? Corase sugar itukah yang menjadikan kegagalan pada hati, lantas menjejaskan penghasilan insulin badan? Ataukah jenis-jenis gula lain dalam susu isian pekat manis, dalam carbonated drinks dll. Rakyat jugalah digula-gulakan!

Sekali lagi diulagsuara- Rencana ini tak kena mengena bagi yang tak cukup kesampaian untuk menerima dengan matang. |Juga tak kena mengena dengan yang tak setuju. Bahkan ianyan pandangan yang tercicir jua...