Sunday, January 23, 2011

Nasihat seorang Ayah

In memory of Ben Omar Ibn Qasim


            “Aku tak peduli, aku hendak melihat Dato’ didalam kandang , kita ikut avidavit kita” Katanya dengan nada geram.

Sudah enam tahun dia menunggu untuk bertandang di kancah penghakiman. Hari ini dia berada di Mahkamah Industri, sungguh dia tidak fakir lain. Bulat kata hatinya. Semalaman dia mengelamun merenteti laluan sepanjang enam tahun yang penuh liku sebagai seorang yang dibuang dari dunia pekerjaan. Dia punya sebab yang sangat kukuh! Ketika bonusnya dicantas separas buku-lali, dia tidak mengeluh. Saat itu isterinya empat bulan hamil anak sulung. Tetapi dia disuakan surat ‘cinta’ kurang dari 24 jam. Keluar dari pejabat diiringi sekuriti kerana bekas majikan bimbang dia akan mengamuk sekaligus memvandalismakan harta syarikat yang gagah bernaung sebagai anak syarikat Koperat SD yang mencatatkan keuntungan  jutaan ringgit. Sungguh hina!

Sebenarnya dia telah pasrah dan rela dengan ketentuan. Malah dia mencenggangkan Finance Direktor dengan senyuman. Sebenarnya lega kerana Allah mengeluarkannya dari tempat yang menjadikan dia bergelumamng dengan perasaan dosa. Saban hari dia perlu mengira interest tertunggak. Memekik, memanggil cawangan dan  anak syarikat lain  menguruskan riba mereka. Buat! Dia lakukan setaatnya, kerana dia punya kelayakan dalam bidang itu! Sudah nasibnya dia ditukar melakukan kerja itu setelah anak syarikat asal dia bertapak meghantarnya, atas alasan panggilan induk yang terdesak. Tapak asalnya hmm…tempat beliau membersihkan dua tahun tunggakan dalam masa enam bulan sahaja!

Pasrahnya, dia tidak mahu memanjang bicara. Enggan bersandiwara. Tidak mahu menjadi manusia lemah yang senteng semata diberikan ujian hakiki. Namun empat wanita memujuk, meminta dikasihani kerana mereka tidak punya kekuatan. Mereka perlukan seseorang. Lebih muda, lebih tegas, berani, yang senasib dengan mereka. Memandangkan dia seorang lelaki, satu pejabat, dialah harapan untuk bersama memanjat Pejabat Buruh memulai tindakan susulan. Maka Allah lebih mengasihani hatta atas sekian Babi sekalipun!

Sekarang empat orang ini merengek lagi. Merayu agar ditamatkan apa yang mereka sendiri mulai. Mereka sudah tidak tertahankan deritanya. Mereka merasa memadai dengan apa yang ditawarkan agar tutup sahaja kes. Situasi sebegini, tiada syarikat lain yang pernah menawarkan penyelesaian sebesar ini.

            “Balan! Are you with us? Are you with me? You should protect our interest!” Dia menjerkah peguamnya keras.

Peguam lawan yang bunting hanya mengerling. Balan menggelabah. Dia minta rujuk kepada David, perunding  yang membantu, yang merupakan mahaguru Industrial Relations. David memita dia hanya bersikap terbuka. Perunding peribadinya ditelefon. Sama. Barangkali mereka sudah nampak aura yang sangat membahang menyelimuti seluruh penjuru. Empat wantia tadi sepertinya anak-anak kucing terkedu dengan mata kemerahan sugul merenung jauh ke lantai mahkamah .

Mufaraqah dalam tuntutan ini pun tidak boleh. Tawaran berkumpulan sahaja. Huh! Dia nekad untuk mengheret sahaja empat wanita ini bersamanya. Setuju mau tidak, lantak! Kita sudah enam tahun bersabar, kita punya semua sandaran kolektif, hujjah hujjah  yang tuntas! Kita bukan sekadar mengheret MD, kita heret pengerusi induk Koperat! Kita jemput dia yang tak pernah menjengah. Kita beradab dengannnya. Silakan duduk dikandang itu. Silakan jawab. Silakan , wartawan akhbar menunggu. Silakanlah nama akan dipahat didalam MLJ dan menjadi bahan rujukan mendatang! For what matters, shall this procedure been dragged, or, shal we not gain move than what we had, we got nothin to loose.

            “Bagaimana? I have to get your decision now” Balan membisik.

Dia merenung Balan. Meloyakan! Peguam yang akan menyedut 40% dari penghasilan. Balan yang akan mendapat bayaran terbanyak dari derita kesusahan kami berlima! Buntu! Tiba-tiba dia teringat. Siapa lagi.

            “Begitulah, jadi macammana nak buat?” Dia bercerita panjang.

Dia tidak akan menolak apa pun pandangan orang itu. Telefon ditutup. Dia mengganguk. Memandang empat wanita sepasukannya yang sarat kesusahan. Kemudian keempat mereka tersenyum .

            “Terima-kasih. Terima –Kasih.” Berulang berkali-kali sepertinya tak pernah kenal ucapan itu seumur hidup mereka.

            “Janganlah sampai menyusahkan orang” Itulah nasihat ayah.

Seorang anak datang mengadu kepada RasuluLlah saw," wahai Rasululah, saya memiliki harta tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku." Sabda baginda: " Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu."                           
albani, sahih sunan Ibn Majah # 2291

Hanya kerana dia mahu jadi anak yang taat. 

Dia bersetuju.

No comments:

Post a Comment